SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT BIMBINGAN&KAUNSELING SK PADANG BANGGI KUDAT

Thursday, November 20, 2014

KURSUS TOT GAMIFICATION BERSAMA CIKGU JINGGO

Alhamdulillah..lama tidak bersua di laman blog..Berkesempatan menjalani kursus sehari besama cikgu Jinggo pada 10.11.2014 di SK MALAWA SEPANGGAR KOTA KINABALU....Banyak yang dipelajari bagaimana untuk menarik minat murid dalam pdp..Sangat seronok dan sememangnya masa sehari tidak cukup dan tidak puas untuk menuntut ilmu...
 
Selama ini saya tidak pernah merasakan bahawa penghargaan,sokongon dan dorongan itu sangat penting dalam membentuk karakter kanaK-kanak...Bak kata cikgu Jinggo..."Kalau budak zaman dulu..ibarat bola..kalau dihumban ianya melantun balik..tapi budak zaman sekarang ibarat kaca...sekali jatuh pecah berderai...!!!"  Ilmu yang berharga yang boleh saya aplikasi bukan pada anak murid sahaja malah apa yang paling penting untuk putera dan puteriku...
 
Kami juga didedahkan tentang semangat setiakawan...Bagaimana mengurus stress dan bagaimana "THE POWER OF GIVING" boleh membantu kita dan rakan kita Berjaya..!!!Sedikit kitaberi..beribu peluang menanti...Disini juga saya belajar bagaimana saya harus mengikut rentak anak murid untuk menarik minat mereka..Memag banyak yang kena belajar dan seharusnya memerlukan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar...
 

Di sini juga saya bertemu dengan sahabat KSA yang selama ini hanya bercerita dalam group watsups sahaja..Seronok..Enjoy dan paling penting satu pengalaman yang saya nak ulang kembali andai ada pe;uang dan kesempatan yang diberi... 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment: